Jean-Claude Juncker
Jean-Claude Juncker

Jean-Claude Juncker

Jean-Claude Juncker (Templat:IPA-lb;[1] lahir 9 Disember 1954) ialah seorang ahli politik Luxembourg yang menjadi Perdana Menteri Luxembourg ke-23 dari 20 Januari 1995 hingga 11 Julai 2013. Ketika meletak jawatan, beliau merupakan ketua kerajaan paling lama berkhidmat dalam Kesatuan Eropah, dan paling lama yang dipilih secara demokratik. Beliau pernah menjadi Presiden Eurogroup antara 2005 dan 2013.Dilantik ke Dewan Rakyat melalui Parti Rakyat Sosial Kristian (CSV) pada 1984, Juncker terus diangkat menganggotai kabinet Jacques Santer sebagai Menteri Kerja. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada 1989 hingga 2009, dan menjadi Perdana Menteri apabila Santer menjadi Presiden Suruhanjaya Eropah pada 1995. Sebagai perdana menteri, beliau berkhidmat selama dua penggal enam-bulan sebagai Presiden Majlis Eropah, iaitu pada 1997 dan 2005.Junker meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Luxembourg akibat satu skandal yang melibatkan agensi perisikan negara itu, SREL.[2] SREL dikatakan memasang pepijat terhadap Grand Duke Henri dan ahli politik, serta membeli kereta bagi kegunaan peribadi pegawai.[3] Beliau bagaimanapun berharap partinya akan terpilih semula menerajui kerajaan sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.[4][5]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Jean-Claude Juncker http://www.bloomberg.com/news/2013-07-10/juncker-s... http://www.forvo.com/search/Juncker/ http://www.nytimes.com/2013/07/12/world/europe/spy... http://www.reuters.com/article/2013/07/10/us-luxem... http://www.reuters.com/article/2013/07/11/us-luxem... http://www.gouvernement.lu/gouvernement/premier-mi... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p326203346 http://isni.org/isni/000000010977318X https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb15542687k